BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 31, 2009

Tikus, Manusia dan Keju

Suatu masa dahulu, di sebuah 'maze', hidupnya 4 makhluk di situ. Dua makhluk tersebut merupakan tikus yang bernama Sniffy dan Scurry manakala dua makhluk lagi merupakan manusia kecil yang bernama Hem dan Haw. Setiap hari,mereka akan keluar mencari keju di dalam 'maze' tersebut, untuk memenuhi keperluan dan keinginan hidup mereka. Setiap pagi, mereka akan bersiap-siap dengan sut sukan dan kasut jogging untuk merentas 'maze' tersebut.

Sniffy, Scurry, Hem dan Haw

Disebabkan Sniffy dan Scurry merupakan seekor tikus, mereka mencari keju kegemaran mereka dengan menggunakan teknik 'try and error' tanpa perlu berfikir panjang. Manakala bagi Hem dan Haw, mereka mengunakan komplikasi akal dan fikiran mereka untuk mencari keju yang digemari.

Pada satu hari, mereka telah menjumpai satu simpanan keju yang sungguh banyak di Stesen C. Keju tersebut begitu banyak sehingga mereka merasakan keju tersebut cukup untuk mereka sampai bila-bila.

Keju di Stesen C

Sejak itu, setiap pagi mereka akan keluar dan mengambil keju dari stesen C. Kerana berasa selesa, Hem dan Haw telah membuang dan tidak menghiraukan lagi tentang kasut jogging mereka. Mereka merasakan kasut itu tidak diperlukan lagi. Tetapi Sniffy dan Scurry mengikat kasut jogging mereka di leher, bersedia untuk mencari keju jika keju di Stesen C kehabisan.

Lama kelamaan, Hem dan Haw makin lambat keluar untuk mengambil keju. Mereka juga berpindah lebih dekat dengan Stesen C. Mereka berasa selesa dan merasakan mereka tidak perlu mencari keju lagi. Mereka juga menganggap keju di Stesen C tersebut merupakan hak mereka. Tanpa mereka sedari, dari hari ke hari keju di Stesen C berkurangan.

Hem dan Haw menikmati keju di Stesen C

Sniffy dan Scurry masih menjalankan kehidupan seperti biasa, keluar awal pagi, menggantung kasut jogging di leher dan sentiasa memerhatikan sebarang perubahan di Stesen C. Mereka menyedari keju di Stesen C semakin berkurang.

Lama selepas itu, seperti biasa, Sniffy dan Scurry keluar awal pagi ke Stesen C untuk mengambil keju. Namun, setelah tiba di stesen, mereka lihat sudah tiada lagi keju di situ. Tanpa sebarang perasaan terkejut dan gelabah, mereka memakai kasut jogging mereka, dan masuk semula ke dalam 'maze' dan mencari keju yang baru. Tak lama selepas itu, Hem dan Haw pula tiba di Stesen C. Apabila mereka mendapati tiada lagi keju di situ, mereka amat terkejut dan tergamam. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Mereka rasa ini tidak adil lalu bertanya, "Siapa yang alihkan keju saya?". Mereka tidak mahu keluar kembali ke 'maze' mencari keju lain, tetapi memikirkan bagaimana keju mereka hilang, dan mencari di kawasan berhampiran. Dalam pada masa yang sama, mereka tidak dapat menerima kehilangan keju mereka.

Sniffy dan Scurry mencari keju baru, tetapi Hem dan Haw tidak mahu keluar mencari keju yang baru.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa ketika menghadapi kesusahan dan kesukaran dalam usaha mencari keju baru, Sniffy dan Scurry berjaya menjumpai longgokan keju yang banyak di Stesen N. Mereka kembali hidup senang dengan keju yang baru. Manakala bagi Hem dan Haw, mereka terus hidup dalam kesempitan tanpa keju di Stesen C. Mereka masih mencari punca mengapa keju mereka hilang, dan siapa yang telah mengalihkannya. Setiap hari mereka mencari punca dan sebab, dan makin hari kehidupan mereka makin sempit dan susah tanpa keju.

Ketika Hem dan Haw masih mencari sebab kehilangan keju mereka, Sniffy dan Scurry sudah pun berseronok menikmati timbunan keju yang baru. Akibat terlalu lama berfikir dan mencari sebab di Stesen C, akhirnya Haw terfikir untuk kembali memasuki 'maze' dan mencari keju yang baru. Haw mengajak Hem untuk ikut bersama, namun Hem menolak. Hem tidak mahu untuk kembali ke dalam 'maze' yang penuh dengan ketidaktentuan dan tidak mahu mulakan semula kehidupan yang susah.

Haw akhirnya keluar mencari keju berseorangan kerana tidak berjaya memujuk Hem untuk ikut bersama. Sepanjang perjalanan mencari keju yang baru, Haw menempuhi banyak kesusahan, dan dia bergantung kepada sedikit keju yang dijumpainya sepanjang perjalanan mencari keju yang baru. Sepanjang perjalanan Haw, dia meninggalkan banyak kata-kata perangsang, berharap agar jika Hem berubah fikiran untuk keluar mengikutinya, Hem dapat membaca kata-kata tersebut.

Setelah lama merantau di dalam 'maze' tersebut, menghadapi pelbagai cabaran, akhirnya Haw menjumpai satu timbunan keju yang sangat banyak. Dia berasa sangat gembira. Di situ juga dia telah menjumpai Sniffy dan Scurry, yang telah lama menikmati keju-keju yang lazat itu. Haw akhirnya hidup senang bersama Sniffy dan Scurry. Dia sedar, walau berapa lama pun dia menunggu di Stesen C, keju tersebut tidak akan kembali. Dia perlu keluar dan mencari keju yang baru. Dan Haw berharap Hem sedar akan perkara itu dan keluar mencari keju yang baru.

Haw merasakan dia telah banyak belajar sepanjang pengalaman dia untuk berubah dan mencari keju yang baru. Dan Haw telah senaraikan pengajaran yang dia terima iaitu :

  1. Change Happens : They keep moving the cheese.
  2. Anticipate Change : Get ready for the cheese to move.
  3. Monitor Change : Smell the cheese often so you know when it is getting old.
  4. Adapt To Change Quickly : The quicker you let go of old cheese, the sooner you can enjoy new cheese.
  5. Change : Move with the cheese.
  6. Enjoy Change! : Savor the adventure and enjoy the taste of new cheese!
  7. Be Ready To Change Quickly And Enjoy It Again : They keepmoving the cheese.

Cerita ini diambil daripada sebuah buku yang bertajuk "Who Moved My Cheese?" yang ditulis oleh Dr. Spencer Johnson. Buku ini banyak digunakan di syarikat-syarikat besar di negara barat bagi mengubah sikap pekerja mereka supaya sentiasa bersedia untuk berubah. 4 watak tersebut melambangkan cara manusia menghadapi sesuatu perubahan, dan keju tersebut melambangkan keperluan dan kesenangan yang ingin manusia kecapi dalam hidup. Cerita di atas telah saya ringkaskan mengikut sesuka hati saya, jadi mungkin ada yang terkurang. Saya galakkan untuk anda membaca sendiri buku ini.


Buku ini bagi saya dapat mengubah pandangan seseorang dalam menerima sesuatu perubahan dalam hidup, tidak kira sama ada perubahan itu berlaku secara mendadak atau perlahan-lahan. Yang penting, kita dapat menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, dan mempositifkan perubahan tersebut sebaik yang boleh.

Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada cerita ini. Saya rasa anda boleh cungkil pengajaran itu sendiri. Cuma, setelah kita habis membaca cerita ini, kita tanya kembali kepada diri kita. Adakah kita Sniffy, Scurry, Hem atau Haw?

Fikirlah sendiri...

5 comments:

NHS Manchester said...

salam roy.

pergh, hebat giler arr skang, dah boleh jadi pakar motivasi.

lepas ni bulehla keluarkan buku sendiri: who moved my lamb ribs?

kompom laku...haha...

p/s: jangan tulis pasal bud sudah

Mohd Shahnom Ismail said...

Salam wbt

Roy, teruskan menulis
Ku akan jadi pembaca setia

Nice story, comel
Baca la buku best2, dan share dengan kami

Thanks :)

Roy said...

Pijie : Haha, kalo tanya Who Moved My Lamb Rib, jawapannya ko la...:D...kalau tulis pasal bud, ko sorang je yang baca nanti...haha...

Shahnom : Haha, ok2...Aku nak aim jd penulis yg aktif macamko...:D

Abu Saifullah said...

try look for 'our iceberg is melting', another good book for managing change presented in story form. kalau ada kesempatan nak pinjam pun boleh

Roy said...

Abu Saifullah,

Thanks Ameng...Aku nak cari buku tu...Kalau tak jumpa, bila2 jumpa nanti aku pinjam dengan ko la...Hehe...