tag:blogger.com,1999:blog-19537036603135711482024-03-14T14:40:02.957+08:00mkaz86Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.comBlogger22125tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-51205288304858360802011-07-31T23:50:00.001+08:002011-07-31T23:53:02.182+08:00Ramadhan Sebagai Orang Yang 'Baru'Salam Ramadhan...

Pejam celik pejam celik, setahun sudah berlalu. Rasanya seperti baru sahaja saya meninggalkan Ramadhan yang lalu, moreh bersama-sama adik-adik usai solat terawih di kedai mamak. Berjalan-jalan di bazar Ramadhan Kluang. Berbuka puasa bersama ahli keluarga. Namun tanpa disedari, segala kenangan manis itu telah saya tinggalkan satu tahun yang lalu.

Ramadhan pada tahun ini disambut dengan sedikit kelainan. Jika dahulu Ramadhan disambut dengan gaya, misi dan visi seorang bujang, namun pada tahun ini Ramadhan disambut dengan status saya sebagai suami. Menyambut Ramadhan dengan misi dan visi bersama isteri tercinta, dan juga bakal anak yang sedang membesar di dalam kandungan isteri. Sungguh berbeza Ramadhan kali ini. Ramadhan yang insyaAllah akan memberikan satu lembaran baru, perspektif baru, pengalaman yang pastinya menarik dan menyeronokkan.

Gambar anak-anak tu ilusi optik je. Masih belum muncul lagi.

Saya berharap Ramadhan pada tahun ini saya dapat tempuhi dengan lebih baik daripada tahun-tahun lepas, dan pada masa yang sama juga mengemudi bahtera keluarga ini dan anak kapalnya, iaitu isteri dan bayi di dalam perut isteri, ke arah yang baik insyaAllah. Semoga Ramadhan ini menjadi titik mula untuk saya menjadi Muslim dan Mukmin yang lebih baik, suami yang lebih baik dan mempersiapkan diri untuk menjadi abi yang terbaik!!

Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Optimumkanlah Ramadhan kali ini. Pesanan untuk diri saya juga.

Pertingkatkan amalan. Namun pastikanlah segala amalan yang kita lakukan merupakan sunnah Rasulullah SAW, jauhkanlah perkara-perkara yang tidak pasti kesahihannya seperti fadhilat solat terawih dan sebagainya. Semoga kita semua dirahmati Allah.

Pilihlah, kita nak jadi seperti yang mana??

Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Menunaikan Ibadah. Daripada kami sekeluarga, Khairul a.k.a Roy, Intan Nadia dan baby. =)Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-76416156662369006452011-07-07T22:15:00.000+08:002011-07-07T22:17:36.194+08:004 Bulan Seribu KenanganSalam...

Baru-baru aku baru sahaja berjaya menamatkan training selama 4 bulan di SHRDC di Shah Alam. Aku telah dihantar oleh Freescale Semiconductor untuk training di sana sebelum mula on-job training di kilangnya selama 8 bulan sebagai Test Engineer.

Sungguh cepat masa berlalu, masih teringat lagi hari pertama semasa training di sana. Introduction bermula pukul 10 pagi, dan aku sampai awal.(For the 1st time and maybe the last time...Huhu...) Tak salah aku masa tu cuma ada Fizi dan Man (tak beberapa ingat). Selepas introduction dan sedikit tour di sekitar SHRDC oleh En. Yuskimi, dalam pukul 11 kami dibenarkan pulang. Seronok betul kelas 1 jam je.

Keesokan harinya, bermula kelas penuh yang pertama bersama Miss Sinthana. Kelas senyap sunyi. Kalau instructor tanya pun tiada siapa yang jawab. Miss Sinthana kata kami senyap sebab kami semua baru lagi, nanti bila dah lama kenal mesti bising. Kesenyapan dan kesunyian ini berlarutan hingga 2 ke 3 minggu. Antara lelaki dan perempuan tidak bertegur sapa. Kami pula masa lunch atau tea break, duduk semeja tapi semua senyap, buat aktiviti masing-masing. Bila difikirkan balik memang kelakar dan pelik.

Namun selepas itu, seorang demi seorang mula menunjukkan belang mereka. Ada yang dah pandai mengenakan orang lain, buat lawak dalam kelas dan sebagainya. Dan kemuncak perubahan sikap dan keterbukaan kami ialah ketika kami di hantar ke Awana Genting untuk Team Building Training. Pada hari siangnya semua terlibat dengan outdoor activities yang disediakan, malamnya semua naik ke Genting untuk bermain bowling bersama-sama. Itulah kali pertama semua ahli kelas dapat keluar dan beraktiviti bersama. Keesokan harinya, sebelum pulang juga kami sempat berjalan-jalan di Genting Highlands.

Pulang dari Genting, kami dapat melihat perubahan ketara antara ahli kelas. Kami lebih open dan serasi. Ditambah pula bercambahnya gosip-gosip hangat di kelas menyebabkan kelas tidak pernah sunyi daripada sok sek sok sek dan gelak tawa. Yang paling best, semua orang sporting, layan je gosip-gosip dan karenah rakan sekelas.

30 Jun 2011, kelas terakhir kami di SHRDC. Hari terakhir kami diakhiri bersama salah seorang instructor "favourite" kelas kami yang berasal dari Jepun. Sebelum itu, kami telah merancang untuk mengadakan satu lagi outing kelas, iaitu mengadakan BBQ di Bagan Lalang. Setelah semua dirancang dengan baik, pada 2 Julai 2011 kami telah pergi beramai-ramai ke Bagan Lalang dengan semua kelengkapan.

Semua dapat hadir kecuali Fitriey, Raihan dan Ermie. Dan aku sudah tentu membawa isteriku sekali. Hehe. Di sana kami makan-makan, ada sedikit aktiviti yang disediakan oleh AJK aktiviti iaitu Fuad, San, Nas dan Hil. Makanan yang dibawa juga tersangatlah banyak. Selain BBQ, setiap orang ada membawa potluck dan jajan. Jadi meriah sungguh. Aktiviti-aktiviti juga sangat seronok dan menarik, dan ia bertambah menarik apabila semua orang sporting.

At the end of the event, kami semua telah diberikan cenderahati dengan masing-masing mendapat satu gelaran hasil daripada pemerhatian rakan-rakan terhadap seseorang itu di dalam kelas. Kiranya semua yang hadir dapat satu gelaran.

Fizi - Mr. Seth Tan ; Orang paling romantik dalam kelas...=D
Reza - Gossip Boy ; Lelaki paling suka bergosip di kelas
Fuad - Mr. Wrong Place Wrong Time ; Selalu buat lawak pada waktu yang salah
Tiqah - Ms. Pinky ; Suka pakai pakaian warna pink kat kelas
Kerol (Aku la) - Mr. Rolex ; Selalu ingatkan instructor time break dan balik on time.

Baem - Mr. Best Laughter ; Senyuman dan gelak tawanya membuatkan gadis-gadis kelas cair
Hil - Ms. Vogue ; Gambar di atas cukup menerangkan segalanya...Hehe...
Farah - Ms. Hardy ; Wanita paling gagah dalam kelas
Mar - Ms. Smiley ; Orang yang selalu tersenyum
Afiq - Mr. Sleepy Wiki ; Selalu tido dan layan wikipedia dalam kelas

San - Mr. Cool ; Orang paling cool dalam kelas
Hazman - Mr. Always Right ; Orang yang sentiasa yakin dia di pihak yang betul
Masitah - Ms. Ramp-It ; Minah rempit, datang kerja naik LC
Nas - Ms. Catalyst ; Orang yang meriuhkan suasana kelas. Kalau dia tak datang, kelas terus menjadi aman damai. Hehe.

Dan kemudian diakhiri dengan 4 anugerah khas, yang dipilih melalui undian. Anugerah tersebut ialah The Unexpected Guy and Lady (masa mula-mula masuk kelas lain, sekarang lain) , Prince Charming dan Beautiful Princess...Pemenang-pemenangnya ialah...

Reza dan Nas untuk The Unexpected Guy dan The Unexpected Lady. Mereka berdua ni memang unexpected sungguh. Memang berubah 180 darjah berbanding mula-mula masuk kelas dulu.

Dan untuk Prince Charming dimenangi oleh Fizi dan Beautiful Princess dimenangi oleh Tiqah. Memang sepadan pasangan ini menjadi Prince dan Princess kelas. Kalau ada berita baik bila dah masuk Freescale nanti beritahulah kawan-kawan ye...

Sekarang kami sedang menunggu sebelum mula bekerja di Freescale pada 11hb Julai ini. Harapnya kesemua kalian masih sama dan tidak berubah bila berada dalam suasana kerja nanti. Dan aku berharap kita dapat lagi sekali keluar bersama dengan event seperti ini pada masa akan datang.

Semoga kita semua sukses di Freescale nanti. Jangan buat-buat tak kenal pula ye...

See you guys soon...

Kerol a.k.a. Roy

p/s : Gambar-gambar BBQ semua hasil ihsan Masitah =)Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-35702307947364965192011-06-21T23:15:00.001+08:002011-06-21T23:18:14.963+08:00Kini Kembali...Salam...

Tambah tolak lagi 2 bulan, cukup setahun blog ini tidak dikemaskini...Dah penuh habuk, sawang, debu dan macam-macam lagi haiwan ternakan dalam blog ini setelah lama ditinggalkan...

Tapi kini azam ingin menulis semula kembali berkobar-kobar sejak teratak buruk ku bersama isteri kini telah mempunyai sambungan talian internet bermula tengah hari tadi...Setelah hampir 5 bulan menunggu, beberapa panggilan kepada TM dibuat, termasuk juga bertekak dengan operator TM disebabkan masalah kontraktor pemasangan mereka, akhirnya tanggal 21hb Jun 2011, rumahku kini dilengkapi dengan pakej Unifi yang paling murah...

Dengan kelengkapan internet 5Mbps, talian tetap dan HyppTV, dapat la kami suami isteri berhubung dengan dunia luar lebih baik selepas ini...Dan kami juga tidak perlu lagi membetulkan antenna dalam rumah kami untuk menonton tv...

Harapnya azam yang berkobar-kobar ini akan menjadi istiqamah insyaAllah...Sekarang nak bersihkan dulu habuk-habuk dan debu-debu dalam blog ini...

Till we meet again...

Wassalam wbt...

RoyRoyhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-17760702718704809122010-09-09T17:15:00.000+08:002010-09-09T17:19:21.624+08:00Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum wbt...

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali saya termasuklah :

Semua keluarga serta saudara mara tidak kira jauh atau dekat

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Gombak (macam tak ingat sangat)

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Ehsan (macam tak ingat sangat juga)

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab (pun tak beberapa ingat)

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan (masih mencari)

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, JB

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Maktab Sultan Abu Bakar, JB

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Sekolah Menengah Hamzah, Machang (masih mencari)

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Sekolah Tinggi Kluang

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Maktab Rendah Sains Mara Muar

Rakan-rakan dan guru-guru semasa di Kolej Mara Seremban

Rakan-rakan semasa di Univesity of Sheffield

Rakan-rakan guru sekerja, staf dan pelajar-pelajar SMK Paloh

Dan mana-mana yang mengenali saya namun tidak termasuk dalam kumpulan di atas. =)

Saya ingin memohon maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Banyak dosa yang saya lakukan dan hanya pohonan kemaafan yang mampu dipinta.

Setelah sebulan kita bemujahadah menjalankan ibadah puasa, raikanlah kemenangan kita dengan menyambut kehadiran Aidilfitri.

Dikala kita sibuk dengan persiapan hari raya, jangan lupa untuk kita bersama-sama melaungkan takbir raya pada malam raya dan pagi raya. Peluang yang hanya datang 2 kali setahun. Jangan dilepaskan! ;)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-62356583003549491752010-09-07T21:50:00.001+08:002010-09-07T21:53:35.037+08:00Aku Akan Merinduimu.....Terasa begitu pantas masa berlalu,
Rasanya masih terngiang-ngiang lagi dikala aku menanti kehadiranmu...

Namun,
Dapat kurasai yang engkau akan pergi,
Engkau akan meninggalkan diriku lagi...

Aku gembira bersamamu,
Aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah Allah apabila engkau di sisi,
Aku melaksanakan ibadah lebih banyak daripada kebiasaannya,
Aku lebih acap membaca Kalam Allah apabila engkau di sampingku...

Ya Ramadhan...

Namun kini dapat ku lihat,
Petanda-petanda yang engkau akan pergi semakin jelas,
Pabila manusia lebih sesak di bazar berbanding di masjid,
Pabila lagu-lagu raya semakin kerap didendangkan,
Pabila saf-saf di masjid semakin berkurangan hari demi hari,
Masa untuk engkau pergi semakin hampir...

Maka bergembiralah para syaitan laknatullah,
Dan bersedihlah orang-orang yang beriman,
Namun bagiku, yang imannya ibarat kulit bawang yang dicincang-cincang,
Hanya mampu melafazkan,
Aku pasti akan merinduimu...Ya Ramadhan...

Semoga Allah memanjangkan umurku,
Semoga Allah memanjangkan umur keluargaku,
Semoga Allah memanjangkan umur sahabat-sahabatku,
Semoga Allah memanjangkan umur semua umat Islam,
Agar kami ditakdirkan, dapat bertemumu lagi,
Ya Ramadhan...Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-14583298427672383382010-08-15T22:30:00.000+08:002010-08-15T22:37:34.528+08:00Selamat Menduduki Peperiksaan PercubaanAssalamualaikum wbt...

Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Paloh yang bakal ataupun sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM 2010, saya ingin mengucapkan semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi peperiksaan.

Dan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang baru selesai menduduki peperiksaan percubaan PMR 2010, bertenang dan bertawakkallah kepada Allah. Terima apa sahaja keputusan yang anda terima. Sesungguhnya anda semua masih belum terlambat untuk memperbaiki diri dan keputusan, masa masih panjang sebelum PMR yang sebenar. Kepada yang mendapat keputusan yang baik, jangan alpa. Teruskan momentum anda dan cuba kekalkan prestasi yang cemerlang.

Ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan nanti. Ini adalah apa yang saya rasa perlu anda lakukan, namun ini hanyalah pandangan. Pandangan manusia terdedah kepada kelemahan, dengan itu yang baik silalah ambil, yang kurang baik tolak jauh ke tepi.

Perkara-perkara yang saya rasa pelajar patut lakukan ketika menduduki peperiksaan ialah :

1) Jaga kesihatan.

Pastikan kesihatan dalam keadaan baik. Pergilah ke klinik atau hospital jika ada sebarang masalah kesihatan agar ianya dapat diubati dengan segera. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang cedera dan bahaya.

2) Tenangkan diri.

Sebelum masuk ke dewan kesihatan mahupun sebelum memulakan peperiksaan, pastikan diri berada dalam keadaan tenang. Jangan cuba untuk membaca atau menghafal nota atau isi baru pada ketika ini, namun tiada masalah jika hanya untuk sedikit revisi. Sebaiknya, tenangkan diri dengan membaca selawat atau al-Fatihah, dan elakkan perbualan yang boleh mengundang rasa gelisah.

3) Jangan berbincang selepas tamat peperiksaan.

Saya amat tidak menggalakkan pelajar membincangkan kertas soalan yang baru sahaja selesai dijawab. Seeloknya, setelah tamat suatu peperiksaan, anda terus tinggalkan ataupun simpan kertas soalannya. Ini kerana membincangkan kertas soalan selepas peperiksaan boleh mengganggu moral atau keyakinan seseorang pelajar, lebih-lebih lagi jika dia mengetahui dia telah melakukan banyak kesalahan. Seeloknya bersedialah untuk kertas seterusnya atau mengambil sedikit masa untuk berehat.

4) Jangan tinggalkan kertas jawapan kosong

Jangan sekali-kali anda biarkan kertas jawapan anda kosong. Andai anda tidak tahu, anda cuba teka apa sahaja yang anda rasakan relevan. Jika ditinggalkan kosong, sudah pastinya markah anda juga kosong. Namun jika anda jawab sesuatu, walaupun anda rasakan salah, kemungkinan untuk mendapat markah masih ada.

Apa yang penting, anda hendaklah sentiasa berfikiran positif. Fikirkanlah yang anda semua boleh!!

Sentiasa ingat satu perkataan ini - D.U.I.T.

D - Doa
U - Usaha
I - Itqan (Bersungguh-sungguh) / Istiqamah
T - Tawakkal

Jangan lupa, kepada pelajar Islam, berdoalah kepada Allah SWT. Sekuat mana usaha kita, Allah penentu segala-galanya. Dengan itu, dalam keghairahan kita mengejar ilmu, jangan dilupakan suruhan Allah, dan jangan pula kita melakukan laranganNya.

Berusaha, kerana Allah telah berjanji, orang yang berusaha pasti akan berjaya. Dalam hidup ini juga kita dapat lihat, hanya orang yang berusaha yang berjaya.

Bersungguh-sungguhlah dengan usaha kita, dan konsistenlah dalam melakukannya.

Setelah tamat peperiksaan, bertawakkallah kepada Allah. Serahkan segala-galanya kepadaNya. Jika kita dapat apa yang kita mahukan, alhamdulillah. Namum jika kita tidak dapat apa yang kita mahukan, insyaAllah ada hikmah disebaliknya.

Akhir kata, kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Paloh dan juga pelajar-pelajar yang akan menduduki peperikasaan atau ujian, TRY AND DO YOUR BEST!!!

Doa para guru dan ibu bapa akan sentiasa mengiringi anda hingga anda berjaya...

MKAZRoyhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-62514924205180643462010-08-12T23:50:00.001+08:002010-08-12T23:51:26.159+08:00Aaahhh...Habis Runtuh...En. Mat merupakan seorang arkitek yang terkenal dan berjaya...Telah banyak rumah dan bangunan yang direkanya mempunyai reka bentuk yang cantik dan nampak hebat...Bagi membuktikan dia seseorang yang amat hebat, dia telah mereka bentuk satu rumah yang begitu cantik, namun tidak mempunyai walaupun sebatang tiang...

Setelah selesai menghasilkan reka bentuk rumah tersebut, En. Mat menyerahkan pelan rumah tersebut kepada kontraktor untuk dibina...Selepas beberapa bulan, siaplah rumah yang direka bentuk oleh En. Mat dengan tersergam indah...

Namun selepas beberapa hari, kesan retak mula terlihat di dinding rumah itu...Tidak beberapa lama selepas itu, rumah tersebut mula tidak kukuh dan tidak selamat diduduki...Akhirnya rumah itupun runtuh...

En. Mat buntu...Tercalar reputasinya sebagai seorang arkitek yang hebat...Mengapa rumah yang begitu cantik dan indah yang direkanya roboh begitu sahaja? Sedang dia minum kopi di warung Pak Abu sambil memikirkan kegagalannya, Pak Abu pun menyapa...

Pak Abu : Awat hang ni Mat?

En. Mat : Takde ape-ape Pak Abu...Cuma memikirkan, mengapa rekaan rumah yang saya buat tanpa sebarang tiang baru-baru ini roboh begitu je...

Pak Abu : Hang ni pun bingai jugak...Kata arkitek, tapi otak hang letak kat lutut...Hang buat ghumah takdak tiang, memang la ghuntuh...Hang buat reban ayam takdak tiang pun terpeleot cik abang ooii...

En. Mat : ............

Kisah di atas hanyalah mukadimah dan analogi yang ingin saya kongsikan pada kali ini...Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur kita untuk sekali lagi bertemu dengan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah ini...Di dalam kesempatan kita bertemu dengan Ramadhan ini, kita manfaatkanlah peluang dan ganjaran yang Allah sediakan seoptimum yang mungkin...

Namun, apa yang ingin saya tekankan di sini bukanlah mengenai ibadah sunat dan tambahan...Namun saya ingin tekankan ialah ibadah fardhu, iaitu solat 5 waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Budaya

Saya merasakan ibadah puasa ini telah menjadi satu budaya dikalangan umat Islam di Malaysia...Tidak kira seseorang itu kuat agamanya, atau tunggang terbalik segala-galanya, puasa tetap puasa...Alhamdulillah, itu adalah satu petanda yang baik kerana umat Islam di Malaysia rajin berpuasa...Tidak lupa juga rajin mencari juadah berbuka puasa, termasuklah orang yang menulis ini...

Namun saya agak kecewa, kerana tatkala ibadah puasa amat dijaga dan dititikberatkan, solat fardhu sering kali tercicir daripada pertimbangan seharian umat Islam hari ini, walaupun ketika sedang berpuasa...

Bangun awal untuk bersahur...Selepas makan, terus tidur kembali tanpa menunggu solat Subuh...Apabila sedar, matahari sudah terik di sebelah timur...

Dikala keletihan waktu tengah hari, masa terluang digunakan untuk berehat...Hingga terlupa waktu Zohor yang terus berlalu...

Pada waktu petang, ketika bazaar Ramadhan meriah di sana sini...Berbondong-bondonglah manusia mencari juadah, hingga ada yang terlupa kewajipan di waktu Asar...

Setelah berkumandang azan Maghrib, diisilah kekosongan perut dengan juadah yang pelbagai...Setelah kekenyangan bak ular saya menelan kambing, terdamparlah dia di hadapan televisyen, kononnya menunggu perut surut...Akhirnya waktu maghrib melambai pergi...

Isyak menjelang, namun kekenyangan tadi membawa kepada kemalasan...Akhirnya tertinggallah Isyak dan tarawih...

Tiang

Itu hanyalah contoh keadaan, yang mana mungkin berlaku,mungkin juga tidak...Namun perlu diingatkan, solat itu tiang agama...Dalam satu hadis Baginda S.A.W. yang bermaksud. "Solat itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa telah meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama."

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Daripada dua hadis ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam mendirikan agama di dalam diri kita. Puasa la bagai nak rak ke, buatlah pelbagai perkara baik sekalipun, jika tidak mengerjakan solat, perumpamaannya adalah sama seperti cerita di atas...Rumah tersergam indah, melambangkan betapa cantiknya puasa dan amal soleh lain yang kita lakukan...Namun jika tiang tidak ditegakkan iaitu solat, runtuhlah segala amal tersebut...

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermasud: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dengan itu, jangan lupa, solatlah...Binalah tapak dan tiang yang kukuh untuk membentuk agama Islam yang kukuh di dalam diri...

p/s : Cerita di atas tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...Loghat di atas juga adalah hanya bayangan yang penulis, yang mungkin penuh dengan kesilapan...Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-83773635278674925882010-08-07T16:45:00.002+08:002010-08-07T16:49:18.788+08:00Open Your EyesAssalamualaikum wbt...

Saya ingin kongsikan sebuah lagu daripada Maher Zain ini...Mungkin ramai dikalangan kita yang pernah mendengarnya...

Lagu ini mempunyai melodi yang amat sedap dan tenang didengar, dan juga mempunyai lirik yang begitu mendalam ertinya...Amat sesuai untuk manusia yang sentiasa mudah lupa dengan keagungan Allah di sekeliling kita...

<object width="500" height="405"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Vlrb1rOT36o&hl=en_US&fs=1?color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/Vlrb1rOT36o&hl=en_US&fs=1?color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500" height="405"></embed></object>

Liriknya :

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

Repeat "*"

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Repeat "*"

Allah...

You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......

Layan jangan tak layan...

p/s : InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan kongsikan pengalaman ke majlis graduasi saya bersama keluarga lain kali...:)Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-75030898756143199912010-06-29T22:25:00.001+08:002010-06-29T22:25:00.988+08:00Padamu Ku BersujudSebelum ini, saya selalu terdengar lagu ini di corong radio. Kemudian, saya terdengar lagu ini di kaca televisyen, sebagai lagu tema sebuah drama bersiri.

Kali pertama mendengar lagu ini, saya amat tertarik dengan melodi dan alunan muziknya. Sedap didengar. Apabila diamati liriknya, cantik dan amat mendalam maksudnya.

Rupa-rupanya lagu ini dah lama, cuma saya yang lambat menyedari kewujudannya. Lagu ini memang sedap dilayan, jadi saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan.

Afgan - Padamu Ku Bersujud

<object width="500" height="405"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/kjTHYcTZdn4&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/kjTHYcTZdn4&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x5d1719&color2=0xcd311b&border=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500" height="405"></embed></object>

Ku menatap dalam kelam,
Tiada yang bisa ku lihat,
Selain hanya namaMu,
Ya Allah

Esok ataukah nanti,
Ampuni semua salahku,
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta,
Kau beri ku bahagia,
Jadikan aku selamanya,
hambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku ya Allah,
Yang sering melupakanMu,
Saat Kau limpahkan kurniaMu,
Dalam sunyi aku bersujud
Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-81294462683803979882010-06-20T01:15:00.000+08:002010-06-20T01:15:46.142+08:00Pandu Dan SedutSalam wbt...

Ini merupakan satu pandangan peribadi. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Cuma meluahkan perasaan sebagai seorang pemandu.

Sudah hampir 6 tahun setengah saya memandu kereta sejak mendapat lesen semasa tahun 2004. Dan saya telah menjumpai satu tabiat manusia yang memandu kereta yang saya rasakan amat menjengkelkan dan menyusahkan orang lain. Tabiat apa tu???

Ya...Seperti gambar di atas, tabiat yang ingin saya katakan ialah merokok ketika memandu. Pada mulanya saya masih boleh bersabar dengan gelagat mereka yang memandu sambil merokok ini. Namun apabila semakin kerap saya terserempak dengan golongan ini, saya rasa semakin geram dan meluat dengan mereka. Dan saya merasakan ada yang bersetuju dengan saya di luar sana.

Mengapa saya katakan mereka ini menjengkelkan?

Saya selalu menghadapi masalah apabila berhadapan dengan mereka ketika memandu. Kebiasaannya, akibat melayani perasaan syok merokok, mereka tidak dapat mengendalikan kenderaan mereka dengan baik. Kadang-kadang makan jalan, tidak mengikut lorong yang ditetapkan, memandu terlalu perlahan dan lain-lain.

Apabila sebelah tangan dah memegang rokok, hanya sebelah tangan sahaja yang digunakan oleh pemandu yang merokok itu untuk mengendalikan kereta, jadi sudah tentu pemanduan tidak beberapa bagus. Ini termasuklah tidak memberi 'signal' ketika hendak masuk simpang. Perkara memang amat menyusahkan pemandu-pemandu lain.

Bagi saya, merokok ketika memandu memberikan kesan yang sama seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Kedua-duanya akan menganggu konsentrasi pemandu semasa memandu dan juga menyusahkan dan boleh membahayakan orang disekeliling. Saya merasakan penguatkuasaan perlu dikenakan kepada mereka yang merokok semasa memandu, sama seperti mereka yang menggunakan telefon bombit semasa memandu.

Saya tiada masalah dengan mereka yang merokok, namun saya merasakan mereka yang merokok semasa memandu banyak mendatangkan masalah dan menyusahkan orang ramai di sekeliling. Ini cuma pandangan peribadi saya.

Don't smoke and drive...:)Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-21885093476339884352010-05-11T23:20:00.000+08:002010-05-11T23:20:09.562+08:00Babi Sembelih?Ah Chong merupakan seorang penjual daging babi. Daging babi yang dijual oleh Ah Chong sangat laku dan dapat memberikan keuntungan yang banyak.

Satu hari, Ahmad secara kebetulan telah lalu di depan kedai Ah Chong lalu Ah Chong menyapanya.

Ah Chong : Halo Ahmad, how are u?

Ahmad : Baik baik...Amacam bisnes?

Ah Chong : Manyak baik...U tak mau tengok-tengok ka?

Ahmad : Adoi Ah Chong, saya mana boleh makan daging babi. Saya orang Islam.

Ah Chong : Takpa takpa. Jangan risau. Wa ada daging babi sembelih punya. Itu orang sembelih ada baca Bismillah sekali.

Ahmad pening. Daging babi sembelih? Baca bismillah? Ahmad terus pergi dari situ.

Cuba anda gantikan daging babi dengan perjudian bola sepak dan sembelihan itu digantikan dengan lesen daripada kerajaan.

Ada nampak persamaan di situ?

Kesimpulannya, yang Allah katakan haram tetap haram.Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-60225409152972538452010-05-09T11:00:00.000+08:002010-05-09T11:01:53.937+08:00Selamat Hari IbuMama,
Teman baikku dari kecil hingga kini,
Tempatku berkongsi cerita suka dan duka,
Tanpa pernah rasa jemu mendengar cerita dan celoteh anakmu ini,
Seorang yang paling ku percayai dalam hidup,
Untuk berkongsi rahsia dan gundah gulana di dalam hati ini.

Mama,
Tidak pernah merasa bosan melayan karenah anakmu,
Sedari kecil hingga dewasa,
Anakmu ini lebih banyak menyusahkan daripada menyenangkan,
Namun engkau tetap disisiku,
Terus melayan karenahku,
Tanpa jemu.

Mama,
Maafkanlah anakmu ini,
Yang lebih banyak membuat dosa daripada menabur jasa,
Yang lebih banyak menggelisahkan daripada menenangkan,
Yang lebih banyak meminta daripada memberi,

Aku anak yang hina,
Kadang kala aku derhaka,
Tidak layak mendapat ibu sebaikmu,
Ibu terbaik dan sentiasa akan menjadi yang terbaik,
Namun kusyukuri,
Allah mengurniakan aku seorang ibu,
Yang terbaik dikalangan semua ibu,
Walaupun orang lain tidak bersetuju,
Namun bagiku,
Kaulah ibu terbaik bagiku.

SELAMAT HARI IBU, MAMA...

p/s : Sajak di atas (kalau boleh dikategorikan sebagai sajak...huhu...) hanyalah rekaan sendiri di pagi hari...Segala kelemahan dan rasa loya dengan sajak di atas amatlah dikesali...:DRoyhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-11585065180287711682010-02-13T23:40:00.001+08:002010-02-13T23:42:23.593+08:00Mengapa Sambut Hari Valentine?Esok, 14hb Februari, maka berbondong-bondonglah mereka yang sedang hangat ber'cintan-cintun' menyambut Hari Valentine. Masa inilah sang lelaki akan jadi yang paling romantis, manakala sang wanita menjadi seayu yang boleh, ibarat wanita Melayu terakhir. Yang saya maksudkan di sini bukanlah mereka di negara Eropah sana, mahupun mereka yang berbangsa Cina atau India. Tetapi ini adalah situasi yang berlaku kepada mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam di negara ini.

Sejarah Hari Valentine

Bagi mereka yang menyambut Hari Valentine ini, adakah mereka tahu sejarah dan asal-usul Hari Valentine ini? Saya rasa tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang sejarahnya di sini. Anda boleh membacanya daripada link yang saya berikan di bawah.

Sejarah Hari Valentine

Mengapa Anda Sambut Hari Valentine?

Kerana ingin menunjukkan kasih sayang? Kerana cinta? Pada pendapat saya, ianya hanya lebih kepada salah satu cara dan penyebab untuk mereka yang dilamun cinta melampiaskan nafsu mereka. Maaf andai ayat saya sedikit kasar. Namun, inilah hakikat yang berlaku saban tahun. Walaupun mungkin ada yang kata, "Kami cuma keluar makan berdua sahaja" atau "Kami hanya pergi menonton wayang berdua sahaja".

Namun begitu, ingatlah Allah telah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 32 yang berbunyi, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." Allah berpesan kepada hambaNya, jangan mengHAMPIRi zina. Ini bermakna segala perbuatan yang boleh menjurus kepada zina, seperti keluar berdua-duaan adalah ditegah sama sekali.

Hari Valentine sambutan agama Kristian

Jika anda baca dan teliti sejarah Hari Valentine ini, ia berasal daripada agama Kristian. Hari memperingati paderi mereka. Dan kita selaku umat Islam dilarang sama sekali menyambutnya. Adakah anda yang menyambutnya sedar tentang perkara ini atau buat-buat tidak sedar?

Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia tergolong dalam golongan mereka." (Riwayat Imam Abu Dawud). Sungguh terang lagi jelas pesanan junjugan kita Rasulullah SAW ini. Anda sambut, anda segolongan daripada mereka. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Dengan ini saya menyeru kepada mereka yang beragama Islam, janganlah anda terlibat sama dalam meraikan Hari Valentine ini. Telah banyak pandangan para ulama' yang mencegah dan melarang umat Islam daripada menyambut Hari Valentine. Ini bukan soal kecil, tetapi ia berkaitan dengan akidah kita selaku umat Islam.

Renung-renungkanlah, dan selamat beramal...Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-15528317516109913812010-01-17T11:35:00.001+08:002010-01-17T11:39:44.455+08:00Happy Birthday PapaHari ini, tanggal 17hb Januari 2010, merupakan tarikh kelahiran ayahku, yang telah selamat dilahirkan 49 tahun yang dahulu.

Papa, happy birthday. Semoga Papa terus dipanjangkan umur dalam iman dan dimurahkan rezeki yang halal, dan juga sentiasa tergolong dalam golongan orang yang beriman. Semoga tahun ini Allah akan permudahkan segala urusan Papa, meringankan beban dan mencurahkan rezeki yang melimpah ruah.

Terima kasih atas segala bantuan dan sokongan Papa selama ini.

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/A2UHaJCQjZ0&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/A2UHaJCQjZ0&hl=en_US&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

You are the best dad in the world!!!Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-6367076878470095172009-12-17T16:45:00.001+08:002009-12-17T16:49:22.343+08:00Apakah Penantian Bakal Berakhir?Kurang daripada dua jam, sepak mula perlawanan akhir Sukan Sea Laos 2009 antara Malaysia dan Vietnam akan bermula. Pasukan Malaysia membawa misi besar iaitu menamatkan kemarau emas dalam bola sepak di Sukan Sea setelah 20 tahun. Kini cuma Vietnam yang berada di antara skuad Malaysia dengan misi tersebut.

Malaysia yang telah tumpas kepada Vietnam di peringkat kumpulan, menghadapi tugas sukar untuk mengatasi Vietnam pada malam ini. Pasukan Vietnam sangat konsisten pada kejohanan kali ini, seri dengan pasukan Thailand, dan memenangi perlawanan ke atas Malaysia dan Singapura.

Namun begitu, harapan masih ada untuk pasukan Malaysia. Mereka perlu lebih banyak menyerang dan mengawal bola. Jangan terlalu mengambil pendekatan bertahan. Malaysia mempunyai peluang untuk menang andai mempamerkan aksi seperti ketika kedudukan 1-1 dengan Laos tempoh hari.

Adakah barisan pemain Malaysia ini dapat menamatkan kemarau emas yang dinantikan selama 20 tahun? Sama-sama kita tunggu pada petang ini.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada mereka semua yang beragama Islam. InsyaAllah, malam ini kita akan melangkah ke tahun baru, tahun 1431H. Semoga dalam menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW 1431 tahun yang lalu akan dapat membawa diri kita menjadi umatnya yang lebih baik insyaAllah.

Bagi mereka yang berada di Malaysia, bola tengok juga, tapi jangan lupa sembahyang Maghrib.Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-51554935714675341822009-12-07T22:45:00.000+08:002009-12-07T22:48:53.184+08:00Musim 'Mengawan'Bagi mereka yang tinggal atau menetap di negara-negara di bahagian utara atau selatan seperti UK, US, negara-negara Eropah mahupun New Zealand, pastinya mereka merasai perubahan musim 4 kali setahun, iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga.

Di Malaysia juga terdapat beberapa musim setiap tahun. Ada musim buah durian, musim buah rambutan, musim hujan, musim tengkujuh. Namun sekarang terdapat satu musim yang sedang melanda seluruh Malaysia, iaitu musim 'mengawan'.

Apa itu musim 'mengawan'?

Musim mengawan ini ialah musim di mana terdapat banyak majlis-majlis perkahwinan yang dijalankan. Ditambah lagi dengan faktor cuti persekolahan pada ketika ini, berita dan jemputan ke majlis-majlis perkahwinan tiba ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Setakat ini, rasanya tidak kurang daripada 5 jemputan perkahwinan daripada kawan-kawan saya sendiri. Ini tidak termasuk jemputan dari saudara mara dan jiran tetangga.

Gambar di atas merupakan beberapa kad jemputan yang diberi oleh kawan-kawan saya yang berkahwin secara terus kepada saya dan juga dihantar melalui pos. Kalau anda tengok betul-betul, boleh nampak nama di situ. Ada yang bakal berkahwin hujung bulan ini, dan ada yang sudah pun melangsungkan perkahwinan mereka.

Alhamdulillah, mereka telah atau akan menuruti sunnah Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Ingatlah demi Allah, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepadaNya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku tidak berpuasa, aku sembahyang dan aku tidur, dan juga berkahwin dengan perempuan. Barangsiapa yang tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku."

Allah juga ada menyentuh tentang soal perkahwinan di dalam Al-Quran, sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah An-Nahl, 16 ayat 72 yang berbunyi,

"Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami dan isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?"

Semoga perkahwinan ini semua kekal bahagia dari dunia sampai akhirat. Ingatlah bagi mereka yang baru atau akan mendirikan rumahtangga, perkahwinan ini bukanlah semata-mata untuk menghalalkan segala yang haram sebelumnya, tetapi perkahwinan merupakan permulaan bagi sebuah kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kerjasama. Jadikanlah contoh rumahtangga Rasulullah SAW sebagai panduan dalam melayari ombak badai pasang surut berumahtangga. Pada diri Rasulullah SAW terdapat uswah hasanah bagi mereka yang mengharapkan rahmat Allah (surah Al-Ahzab, 33 : 21).

Kepada mereka yang masih belum berkahwin, marilah sama-sama kita perbaiki diri dan sentiasa menjadikan diri ke arah yang lebih baik. Ini kerana Allah telah berjanji di dalam Al-Quran,

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (Surah An-Nur, 24 : 26)

InsyaAllah, Allah tidak pernah mengingkari janjiNya.

Dan bagi menghiburkan hati mereka yang masih belum berkahwin, saya mengajak kita bersama-sama menghayati video ini. :D

<object width="560" height="340"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/44dC-GjFMzc&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/44dC-GjFMzc&hl=en_US&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="560" height="340"></embed></object>

Dan kepada mereka yang bakal atau baru berkahwin, SELAMAT PENGANTIN BARU!!Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com15tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-17375073073347344982009-12-01T21:15:00.002+08:002009-12-01T21:16:57.331+08:00Erti Sebuah PengorbananBaru-baru ini, kita telah menyambut salah satu perayaan di dalam agama Islam iaitu Hari Raya Aidiladha atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Alhamdulillah, bagi mereka yang berkemampuan, telah selamat menunaikan haji. Ada yang dapat menjalani ibadah korban, dan ada juga yang kurang berkemampuan, tidak ketinggalan untuk bersama-sama bergotong-royong menjayakan ibadah korban ini.

Namun, dalam kita sama-sama menjayakan ibadah korban ini, adakah kita sedar apakah roh dan ibrah yang ingin Allah tunjukkan pada kita sebagai hambaNya?

Allah SWT telah mengajar manusia tentang pengorbanan sejak daripada generasi pertama manusia, iaitu kepada anak-anak Nabi Adam AS, Habil dan Qabil.

"Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putera Adam, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka (korban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata,"Sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata,"Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertaqwa."" (Surah Al-Maidah, 5 : 27)

Kisah ini merupakan satu kisah yang popular, yang membawa kepada pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Ketika Allah memerintahkan mereka berdua mempersembahkan satu korban kepada Allah, Habil telah memberikan yang terbaik yang beliau ada manakala Qabil hanya berikan sesuatu yang tidak diingini olehnya lagi. Allah telah memilih korban Habil, yang mana telah dikatakan dalam ayat di atas, Allah hanya menerima amal daripada orang yang bertaqwa.

Dengan itu, ibadah korban ataupun pengorbanan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Janganlah dijadikan ibadah korban ini hanya sekadar rutin sepanjang tahun, tanpa mengetahui maksud sebenar disebalik ibadah korban itu sendiri.

Dalam kehidupan sebagai seorang mukmin, pengorbanan merupakan satu perkara yang amat dituntut. Terlalu banyak perkara yang terpaksa kita berkorban dalam hidup, berkorban untuk agama Islam, berkorban dalam perjalanan dakwah, berkorban untuk ibu bapa, berkorban untuk isteri dan anak-anak, berkorban dalam kerjaya dan lain-lain. Dan segala pengorbanan ini pasti sekali sekala akan menjatuhkan semangat dan mengurangkan kekuatan kita dalam meneruskan hidup. Pada ketika ini, jadikanlah kisah Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan para sahabat sebagai pemangkin semangat dan kekuatan diri.

Semoga pengorbanan yang telah kita lakukan mahupun yang akan kita lakukan di masa hadapan kita landaskan semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pengorbanan kita akan diterima oleh Allah seperti mana yang telah dijanjikan seperti di dalam surah Al-Maidah tersebut.

Ini cuma perkongsian daripada seorang yang sangat cetek ilmunya. Andai kata ada tersilap atau mahu ditambah, saya dengan rasa rendah diri dan dengan tangan terbuka menerima seadanya.

Sebelum saya menutup entri ini, saya ingin berikan satu teka teki.

Orang yang buat tak mahu pakai,
Orang yang beli juga tak mahu pakai,
Tapi orang yang pakai, tidak sedar dia memakainya.
Apakah benda itu?

Semoga bermanfaat, insyaAllah.Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-19296112855074634092009-11-17T21:35:00.001+08:002009-11-17T21:41:50.075+08:00Good LuckEsok, 18hb November 2009, bermulanya peperiksaan SPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia. Peperiksaan yang boleh dikatakan akan menentukan hala tuju dan membentuk siapakah kita di masa akan datang.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan semoga berjaya dan 'Good Luck' kepada semua yang menduduki SPM, terutama kepada adik saya, Izzati Syazwani, yang akan mengambil 9 subjek untuk SPM. InsyaAllah, semoga dipermudahkan menjawab soalan yang diberikan, ditajamkan akal fikiran, dilapangkan dada dan diberikan ketenangan oleh Allah S.W.T. dalam mengharungi SPM nanti.

Gunakanlah konsep D.U.I.T., iaitu Doa, Usaha, Itqan (bersungguh-sungguh) dan Tawakkal. Dalam berusaha, hendaklah bersungguh-sungguh. Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T., yang mana kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan berusaha, tetapi segala-galanya ditentukan oleh Allah. Setelah selesai berusaha, berdoa bersungguh-sungguh, kita serahkan dan bertawakkallah kepada Allah. InsyaAllah Allah akan memberikan yang terbaik nanti.

Rasulullah pernah bersabda bahawa doa merupakan senjata orang mukmin. Saya dengan penuh rasa rendah diri mengajak sahabat sekalian untuk mendoakan agar adik saya dan juga pelajar-pelajar yang menduduki SPM kali ini akan mendapat keputusan yang cemerlang, insyaAllah. Mari kita sama-sama menggunakan senjata ini membantu mereka untuk menang di dalam peperangan mereka.

Inilah jadual study adik saya untuk sebulan terakhir, sehingga papernya yang terakhir pada 8hb Disember nanti. Tahniah kepada abang sulungnya yang begitu bersemangat membuat jadual untuk adiknya, menggunakan ilmu-ilmu 'last minute study' yang telah ditimbanya dahulu. :D

Kepada adikku, semoga berjaya. Jangan lupa berdoa...Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-48447337362438709542009-11-16T23:30:00.001+08:002009-11-17T00:59:24.320+08:00Gamen Oh Gamen...Belum hilang penat baru pulang dari KL semalam setelah berceria bersama sahabat-sahabat dan menghadiri Careers Fair di PWTC, pagi tadi ayah saya mendapat berita yang nenek sakit kuat. Saya, ayah dan adik bongsu saya terus bersiap dan pulang ke kampung. Alhamdulillah, sekarang nenek sudah ok sedikit, namun dia tetap ditahan wad di Hospital Melaka.

Namun, di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai sikap 'government staff' (atau orang dulu-dulu panggil orang keje gamen...) di Klinik Kesihatan Jasin semasa dalam proses memeriksa nenek saya tadi.

Kisah Pertama - Makcik Comel Berbaju Hijau

Makcik comel ini menjaga kaunter di Klinik Kesihatan tersebut. Beliau mempunyai senyuman yang sangat mahal harganya. Disebabkan harga senyumannya mahal, beliau lebih banyak bermasam muka, supaya orang ramai tidak boleh memperolehi senyumannya secara percuma.

Itulah kaunternya. Ini gambar curi-curi ambil, jadi x beberapa jelas. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, anda boleh nampak makcik tersebut di belakang kaunter. Beliau juga memanggil nama-nama pesakit menggunakan pembesar suara untuk mengambil nombor giliran dan ubat. Sedang saya menunggu giliran nenek saya, beliau telah memanggil nama seorang aci (perempuan India tua). Setelah beberapa kali nama tersebut dipanggil, barulah aci tersebut tiba di kaunter. Dengan penuh rasa hormat, beliau telah 'sound' aci tu sebab lambat. Kesian aci tersebut, sudah sakit, kene marah pula.

Kisah Kedua - Makcik Misi

Semasa sedang menunggu nenek saya sedang membuat pemeriksaan tekanan darah, ada seorang nyonya (wanita cina tua) yang pada masa yang sama sedang membuat pemeriksaan di situ. Ada seorang misi (jururawat) ingin memeriksa kadar kerabunan nyonya ini.

Ini bahagian luar tempat pemeriksaan tersebut. Semasa misi tersebut membuat ujian kerabunan terhadap nyonya tersebut, dia telah meminta untuk memberitahu huruf apa yang nyonya tersebut nampak dan juga bentuk yang dilihat. Mungkin kerana suasana yang agak bising, ditambah dengan keadaan nyonya tersebut yang sudah tua, nyonya tersebut tidak beberapa memahami instruksi yang diberikan oleh misi. Misi tersebut mula naik marah dan berkata, "Tak reti bahasa betul...". Oh, sungguh indah bahasa dan reaksi yang ditunjukkan.

Dua kisah di atas berlaku di depan mata saya sendiri dalam masa yang sangat singkat. Banyak lagi pengalaman yang pernah saya lalui dan saya pasti anda semua juga pernah melalui saat-saat seperti ini apabila berurusan dengan kakitangan kerajaan, sama ada di hospital mahupun di pejabat-pejabat kerajaan.

Saya tidak mengatakan secara umumnya semua kakitangan kerajaan mempunyai sikap seperti di atas, cuma sebahagiannya sahaja. Saya juga pernah banyak kali berhadapan dengan mereka yang sangat baik layanan dan budi pekerti di pejabat-pejabat kerajaan. Bagi saya, secara umumnya, kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat, atau berusia muda biasanya mempunyai sikap yang sangat bagus dan professional dalam melayani karenah orang ramai. Namun, kebanyakan masalah sikap oleh kakitangan kerajaan adalah datangnya daripada mereka yang sudah lama bekerja ataupun mereka yang dah masuk usia senja menanti azan Isyak.

Mengapa saya merasakan begini? Ini kerana, kebanyakan kakitangan yang baru telah dididik dan dilatih agar bersikap professional dalam bekerja. Manakala bagi golongan kakitangan lama, mereka telah terbiasa dengan sikap lama mereka yang tidak professional dan bekerja sambil lewa.

Kita dapat melihat perbezaan yang ketara antara sektor awam dan swasta dari segi sikap mereka. Kakitangan swasta begitu menjaga pelanggan mereka, kerana mereka tahu, pelanggan mereka merupakan 'income' mereka. Dengan itu, mereka akan memberikan yang terbaik, kerana pendapatan mereka bergantung kepada kepuasan pelanggan. Namun sikap dan 'mindset' ini tidak ada pada kebanyakan kakitangan kerajaan. Ini kerana mereka tahu, sejauh mana buruk pun prestasi, sikap dan layanan mereka terhadap pelanggan, mereka tetap akan dapat gaji daripada kerajaan setiap bulan. 'Mindset' ini perlu diubah bagi membaikpulihkan semula perkhidmatan di jabatan kerajaan.

Tidak semua tempat di pejabat mahupun hospital kerajaan tidak memberikan servis yang baik. Sebagai contoh, di Klinik Kesihatan Kluang, kebanyakan staff mereka merupakan orang-orang muda yang baru memulakan kerjaya. Dengan itu, sikap professional mereka terserlah dan kakitangan seperti merekalah yang amat diperlukan bagi memulihkan semula perkhidmatan di sektor kerajaan.

Jadikanlah gambar di atas sebagai contoh. Layanan baik, misi ceria, pesakit senang hati... :)Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-50596313758450201772009-11-07T17:25:00.001+08:002009-11-07T17:26:09.035+08:00Sokongan Kepada 2 Skuad MerahMalam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam dunia bola sepak Malaysia.

Perlawanan membabitkan Negeri Sembilan dan Kelantan ini memang tidak diduga memandangkan ramai yang menyangkakan Selangor yang sepatutnya layak ke perlawanan akhir setelah menjuarai Liga Super dan Piala FA. Dikhabarkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal hadir menyaksikan dan memberikan sokongan kepada skuad Red Warriors.

Pilihan saya malam ni? Pastinya saya akan menyokong dan berharap pasukan Kelantan akan menang pada malam ini. Sokongan saya kepada skuad merah yang pertama, Red Warriors.

Pada malam esok pula (waktu Malaysia), satu perlawanan yang pastinya sangat ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat bola sepak Barclays Premier League, iaitu perlawanan diantara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge.

Kebanyakannya menjangkakan Chelsea akan menang berdasarkan prestasi semasa Chelsea yang konsisten dan Manchester United yang mempunyai banyak masalah kecederaan dan ketidak konsistenan di bahagian pertahanan.

Namun, sebagai penyokong Manchester United, saya berharap Manchester United dapat menang esok dan kembali ke takhta liga. Memang agak susah, namun tiada yang mustahil. :)

Minggu lepas, ada ura-ura mengatakan Manchester United akan membeli dua orang pemain Valencia, David Villa dan David Silva pada waktu perpindahan musim sejuk Januari ini.

United close on £50m targets
Manchester United are closing in on a £50million double swoop for David Villa and David Silva after Valencia admitted they are prepared to sell. Sir Alex Ferguson has been tracking the the Spanish pair for some time but no deal could be struck in the summer. But as United continue to struggle in the absence of the departed Cristiano Ronaldo, Ferguson needs to find a world-class source of goals - and could be ready to splash a large chunk of the £80m he got from Real Madrid. United are operating with just three established strikers in Wayne Rooney, Dimitar Berbatov and Michael Owen. But they could soon have new team-mates as cash-strapped Valencia desperately need to raise money. David McDonnell, Mirror

Walaupun biasanya 'rumours' seperti ini sukar untuk dipercayai, namun saya masih berharap ianya benar-benar akan berlaku.:D

Dan inilah pasukan merah kedua yang saya sokong, The Red Devils.

Sejujurnya, ini adalah pendirian saya sendiri, yang mana andai kata Manchester United tidak dapat menjuarai liga pada musim ini, saya lebih rela untuk lihat pasukan Arsenal yang memenangi liga BPL. Ini disebabkan Arsenal sudah beberapa musim tidak memenangi sebarang gelaran, sedangkan mereka merupakan sebuah pasukan yang baik dan bermain bola sepak yang sangat cantik. Sayang sekali andai kata Arsene Wenger dibuang disebabkan Arsenal tidak memenangi sebarang trofi tahun ini.

Tapi, kalau Arsene Wenger nak ganti Alex Ferguson di Manchester United selepas Ferguson bersara pun boleh juga!:D

Selamat menonton bola sepak. Majulah sukan untuk negara.

p/s : Sejak PRU 12 Mac 2008 yang lalu, kesemua trofi bola sepak Malaysia dimenangi oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat. Adakan trend ini berterusan malam ini? Kita tunggu dan lihat.Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-62871161632891585122009-10-20T18:53:00.015+08:002009-10-21T00:22:29.417+08:00Selamat Tinggal SheffieldSetelah sebulan blog ini dibuka, barulah entri kedua ini dapat dibuat. Sebenarnya saya telah membuat 2 entri dalam masa sebulan ini, namun tidak sempat disiapkan memandangkan terdapat komitmen dan mengejar masa semasa 3 minggu berada di UK dan pada masa yang sama keadaan internet "free" ketika di UK yang kadang-kadang ada kadang-kadang tiada itu membantutkan lagi semangat untuk menulis entri baru.

Pada sabtu yang lepas, iaitu pada 17hb Oktober 2009, saya telah meninggalkan Sheffield dan UK untuk pulang 'for good'. Ketika dimaklumkan oleh agensi yang dilantik oleh MARA mengenai tiket pulang saya pada hari Rabu malam, perasaan saya bercampur baur. Seronok, sedih, terkejut, bengang semua ada. Tapi apa yang penting, saya dapat pulang secepat mungkin.

3 tahun di Sheffield rasanya berlalu begitu pantas. Banyak perkara yang berlaku, yang membantu saya menjadi seperti diri saya pada hari ini. Pengalaman sepanjang berada di sana, belajar hidup berdikari bersama rakan-rakan, berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman, berhadapan dengan perselisihan pendapat, menyumbang kepada komuniti dan banyak lagi banyak membantu diri ini menjadi lebih matang (matang sikit kot dari dulu, tak matang langsung...Huhu...).

Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak menolong dan membantu saya sepanjang saya berada di Sheffield. InsyaAllah, Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua. Dan terima kasih juga kepada mereka yang bersusah payah menjemput saya dan ahli rumah ke rumah mereka dan membuat jamuan perpisahan. Terharu sungguh.

Di rumah pertama, rumah Abang Mijie

Rumah ke-2, junior2 dari rumah 13 Havelock

Siap buat screen saver lagi untuk kami yang bakal pulang

Program ke-3, makan2 di Chaman

Sempat lagi melawat sebelum berangkat ke bus station

Kepada rakan-rakan lain yang tak sempat berjumpa, insyaAllah ada rezeki dan panjang umur kita berjumpa lagi masa hadapan. Saya ingin memohon maaf yang amat sangat di atas segala salah silap saya, terkasar bahasa dan lain-lain. Dan saya juga minta halalkan makan, minum dan juga kalau ada hutang yang saya terlupa. Tapi kalau banyak, minta la ye.

Doakan agar masa depan yang cerah menanti saya pada masa hadapan. Dan jauhkan saya daripada tergelincir ke arah yang tidak sepatutnya. Moga ukhuwwah yang terbina dan ikatan silaturrahim yang tersimpul ini dapat kita teruskan insyaAllah. Kontek selalu yaa!!

Good luck kepada semua!!

Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-1953703660313571148.post-27956941486835618742009-09-14T01:18:00.000+08:002009-09-14T01:18:00.833+08:00Aku, Blog dan ...Alhamdulillah, setelah lama berhajat untuk mempunyai blog sendiri, akhirnya hajat itu tercapai di dalam 10 malam terakhir Ramadham 1430 Hijrah ini. Terima kasih kepada mereka yang memberi support dan dorongan untuk saya mempunyai blog sendiri. Saya pernah ada blog satu masa dahulu di Friendster, tetapi lebih banyak merapu dan tidak konsisten disebabkan komitmen-komitmen luar.

Saya bukanlah orang yang pandai menulis dan bermadah, cuma ingin berkongsi serba sedikit mungkin pandangan peribadi, atau berkongsi apa yang patut melalui medium blog ini. Kalau ada tersilap kata atau tersalah bahasa, tegur dan perbetulkanlah diri ini. Dan doakan agar saya istiqamah menulis di sini.

Dan untuk entry yang pertama ini, saya ingin mengajak anda semua pembaca (ceh, macam ada je orang baca...haha...) untuk sama-sama kita mencari Lailatul Qadar, dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh. Dan saya juga berdoa dan berharap agar kita dipanjangkan umur dalam iman untuk berjumpa lagi sekali dengan Ramadhan pada tahun hadapan, insyaAllah.

Sebagai penutup untuk entry pertama blog ini, saya nak beri anda satu teka teki. Jawab, jangan tak jawab. Hehe. Begini bunyinya:

Jamil baru sahaja ditinggalkan kekasih. Pada satu malam, untuk menenangkan fikiran, Jamil membawa diri berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai.

Sedang dia berjalan-jalan itu, dia terperasan ada satu perkara pelik yang berlaku. Bila dia berjalan, kemudian dia toleh ke belakang, tiada kesan tapak kaki dia. Sedangkan dia berjalan di atas pasir pantai. Dia berjalan lagi, kemudian dia toleh lagi ke belakang, masih tiada kesan tapak kakinya.

Kenapa?? Jeng, jeng jeng...

Hehe. Ok la, selamat mengejar Lailatul Qadar!!Royhttp://www.blogger.com/profile/14443320565384073986noreply@blogger.com11