BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 29, 2010

Padamu Ku Bersujud

Sebelum ini, saya selalu terdengar lagu ini di corong radio. Kemudian, saya terdengar lagu ini di kaca televisyen, sebagai lagu tema sebuah drama bersiri.

Kali pertama mendengar lagu ini, saya amat tertarik dengan melodi dan alunan muziknya. Sedap didengar. Apabila diamati liriknya, cantik dan amat mendalam maksudnya.

Rupa-rupanya lagu ini dah lama, cuma saya yang lambat menyedari kewujudannya. Lagu ini memang sedap dilayan, jadi saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan.

Afgan - Padamu Ku Bersujud



Ku menatap dalam kelam,
Tiada yang bisa ku lihat,
Selain hanya namaMu,
Ya Allah

Esok ataukah nanti,
Ampuni semua salahku,
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta,
Kau beri ku bahagia,
Jadikan aku selamanya,
hambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku ya Allah,
Yang sering melupakanMu,
Saat Kau limpahkan kurniaMu,
Dalam sunyi aku bersujud

Sunday, June 20, 2010

Pandu Dan Sedut

Salam wbt...

Ini merupakan satu pandangan peribadi. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Cuma meluahkan perasaan sebagai seorang pemandu.

Sudah hampir 6 tahun setengah saya memandu kereta sejak mendapat lesen semasa tahun 2004. Dan saya telah menjumpai satu tabiat manusia yang memandu kereta yang saya rasakan amat menjengkelkan dan menyusahkan orang lain. Tabiat apa tu???


Ya...Seperti gambar di atas, tabiat yang ingin saya katakan ialah merokok ketika memandu. Pada mulanya saya masih boleh bersabar dengan gelagat mereka yang memandu sambil merokok ini. Namun apabila semakin kerap saya terserempak dengan golongan ini, saya rasa semakin geram dan meluat dengan mereka. Dan saya merasakan ada yang bersetuju dengan saya di luar sana.

Mengapa saya katakan mereka ini menjengkelkan?

Saya selalu menghadapi masalah apabila berhadapan dengan mereka ketika memandu. Kebiasaannya, akibat melayani perasaan syok merokok, mereka tidak dapat mengendalikan kenderaan mereka dengan baik. Kadang-kadang makan jalan, tidak mengikut lorong yang ditetapkan, memandu terlalu perlahan dan lain-lain.

Apabila sebelah tangan dah memegang rokok, hanya sebelah tangan sahaja yang digunakan oleh pemandu yang merokok itu untuk mengendalikan kereta, jadi sudah tentu pemanduan tidak beberapa bagus. Ini termasuklah tidak memberi 'signal' ketika hendak masuk simpang. Perkara memang amat menyusahkan pemandu-pemandu lain.

Bagi saya, merokok ketika memandu memberikan kesan yang sama seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Kedua-duanya akan menganggu konsentrasi pemandu semasa memandu dan juga menyusahkan dan boleh membahayakan orang disekeliling. Saya merasakan penguatkuasaan perlu dikenakan kepada mereka yang merokok semasa memandu, sama seperti mereka yang menggunakan telefon bombit semasa memandu.

Saya tiada masalah dengan mereka yang merokok, namun saya merasakan mereka yang merokok semasa memandu banyak mendatangkan masalah dan menyusahkan orang ramai di sekeliling. Ini cuma pandangan peribadi saya.

Don't smoke and drive...:)