BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 14, 2009

Aku, Blog dan ...

Alhamdulillah, setelah lama berhajat untuk mempunyai blog sendiri, akhirnya hajat itu tercapai di dalam 10 malam terakhir Ramadham 1430 Hijrah ini. Terima kasih kepada mereka yang memberi support dan dorongan untuk saya mempunyai blog sendiri. Saya pernah ada blog satu masa dahulu di Friendster, tetapi lebih banyak merapu dan tidak konsisten disebabkan komitmen-komitmen luar.

Saya bukanlah orang yang pandai menulis dan bermadah, cuma ingin berkongsi serba sedikit mungkin pandangan peribadi, atau berkongsi apa yang patut melalui medium blog ini. Kalau ada tersilap kata atau tersalah bahasa, tegur dan perbetulkanlah diri ini. Dan doakan agar saya istiqamah menulis di sini.

Dan untuk entry yang pertama ini, saya ingin mengajak anda semua pembaca (ceh, macam ada je orang baca...haha...) untuk sama-sama kita mencari Lailatul Qadar, dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh. Dan saya juga berdoa dan berharap agar kita dipanjangkan umur dalam iman untuk berjumpa lagi sekali dengan Ramadhan pada tahun hadapan, insyaAllah.

Sebagai penutup untuk entry pertama blog ini, saya nak beri anda satu teka teki. Jawab, jangan tak jawab. Hehe. Begini bunyinya:

Jamil baru sahaja ditinggalkan kekasih. Pada satu malam, untuk menenangkan fikiran, Jamil membawa diri berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai.

Sedang dia berjalan-jalan itu, dia terperasan ada satu perkara pelik yang berlaku. Bila dia berjalan, kemudian dia toleh ke belakang, tiada kesan tapak kaki dia. Sedangkan dia berjalan di atas pasir pantai. Dia berjalan lagi, kemudian dia toleh lagi ke belakang, masih tiada kesan tapak kakinya.

Kenapa?? Jeng, jeng jeng...

Hehe. Ok la, selamat mengejar Lailatul Qadar!!

11 comments:

Anonymous said...

orang 10 malam terakhir sibuk beribadat, die sibuk berblog plak...
jawapan kepada teka-teki: sebab die jalan pakai selipar, mmg lah takde tapak kaki, tapak selipar jelah yg ada, huahuahua...

Roy said...

haha...kire ibadat la ni, kalau niatnya untuk beribadat...

ape kes pakai anonymous, perkenalkan diri sket...

jawapan teka teki tu salah...hahaha...boleh cuba lagi...

jeri said...

die jalan terbalik la...

MuhammadAzriRosli said...

ntah..

jalan mengundur ke belakang je pon

Moga istiqamah bro

MSI said...

Salam alaikum..

Tahniah Roy, akhirnya kamu buat juga benda2 camni
Adakah faktor ...ehem ~

Jumpa di tanah air
Ada rezeki ku datang umah mu
Or.. mu la datang umah ku
Dekat jer, pt Raja jer weh
Area depan UTHM

Selamat Raya

Intan said...

Salam wbt...

welcome,welcome!!moga istiqamah noo..lol.

Biasanya teka teki ni menyakitkan hati,hehe..

Jawapan:

1.mimpi/mengigau semata-mata

2.dia jalan sambil tutup mata

3.masih dibius angau kat kekasih dia.jadi pertimbangan kurang sikit

Roy said...

Jeri :

wah, tahniah2...jawapan anda betul dan sungguh macho sekali...

Azri :

haha...ko mmg tau ke atau tiru jawapan jeri?? anyway thanks...doakan la aku x hangat2 tahi ayam...

Sarnom :

Wa'alaikumussalam wbt...terima kasih...dorongan rakan2 gak...sakit tekak ke sarnom??meh aku belanja ko Fisherman's Friend...hehe...

InsyaAllah...tp raya susah sikit kot...nnt raya haji boleh kot...aritu abg Mahmud call aku lg, ajak aku jd tutor kat UTHM...aku cakap aku pikir dulu...ko ke bgtau dia aku dah grad?

Selamat Raya..

Cik Intan Nadia Taib :

Salam wbt...Tq2...InsyaAllah, doa2kan la istiqamah...

Jawapan tersebut, kesemua tiga2 salah...Jawapan sebenarnya ialah si Jamil tu dia berjalan mengundur...jadi bila dia toleh belakang, xde la kesan tapak kaki...sbb kesan tapak kaki dia kat depan...hehe...

anyway, cerita pasal si Jamil putus cinta tu hanya tokok tambah, untuk menambah variety jawapan...:P

MSI said...

Ku tak pasti ada beritahu Abg Mahmud atau tak?
Biaserla..mulut tempayan boleh ditutup, mulut kamek kena penampor pun ternganga lagi

Jadi tutor tuh.. ku ni nak jd cleaner uthm pun x lepas

Roy said...

Lek la shanom...No hal nye pasal dia tau aku dah grad...Mmg aku dah grad pun...Hehe...

Mana boleh ko jd cleaner UTHM shanom...Ko akan menjadi tenaga pengajar yang bakal merubah pemikiran pelajar2 dan ajar diorg camana nk baling batu...Hehe, dah lama x dengar ko buat lawak tu...

joegrimjow said...

ak baru nak jawab
aigooo

Roy said...

haha...ko lambat sebulan setengah dah joe...tp xpe, layan je...