Setelah sebulan blog ini dibuka, barulah entri kedua ini dapat dibuat. Sebenarnya saya telah membuat 2 entri dalam masa sebulan ini, namun tidak sempat disiapkan memandangkan terdapat komitmen dan mengejar masa semasa 3 minggu berada di UK dan pada masa yang sama keadaan internet "free" ketika di UK yang kadang-kadang ada kadang-kadang tiada itu membantutkan lagi semangat untuk menulis entri baru.
Pada sabtu yang lepas, iaitu pada 17hb Oktober 2009, saya telah meninggalkan Sheffield dan UK untuk pulang 'for good'. Ketika dimaklumkan oleh agensi yang dilantik oleh MARA mengenai tiket pulang saya pada hari Rabu malam, perasaan saya bercampur baur. Seronok, sedih, terkejut, bengang semua ada. Tapi apa yang penting, saya dapat pulang secepat mungkin.
3 tahun di Sheffield rasanya berlalu begitu pantas. Banyak perkara yang berlaku, yang membantu saya menjadi seperti diri saya pada hari ini. Pengalaman sepanjang berada di sana, belajar hidup berdikari bersama rakan-rakan, berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman, berhadapan dengan perselisihan pendapat, menyumbang kepada komuniti dan banyak lagi banyak membantu diri ini menjadi lebih matang (matang sikit kot dari dulu, tak matang langsung...Huhu...).
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak menolong dan membantu saya sepanjang saya berada di Sheffield. InsyaAllah, Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua. Dan terima kasih juga kepada mereka yang bersusah payah menjemput saya dan ahli rumah ke rumah mereka dan membuat jamuan perpisahan. Terharu sungguh.
Rumah ke-2, junior2 dari rumah 13 Havelock
Siap buat screen saver lagi untuk kami yang bakal pulang
Program ke-3, makan2 di Chaman
Sempat lagi melawat sebelum berangkat ke bus station
Doakan agar masa depan yang cerah menanti saya pada masa hadapan. Dan jauhkan saya daripada tergelincir ke arah yang tidak sepatutnya. Moga ukhuwwah yang terbina dan ikatan silaturrahim yang tersimpul ini dapat kita teruskan insyaAllah. Kontek selalu yaa!!
Good luck kepada semua!!
10 comments:
salam...dah balik pon ko...aritu cakap tiket tak kompom lagi...huhu....anyway, semoga dipermudahkan segala urusan ko di malaysia nanti, moga-moga Allah memberi apa yang terbaik (yang tak semestinya apa yang kita nak)...=)
semoga jumpa lain masa, inshaAllah
Jangan diucapkan selamat tinggal, bahkan ucapkanlah hingga bertemu lagi. Jika tidak dibumi Tuhan, insya Allah di disyurga kekal abadi nanti. Seeru 'ala barakatillah.
Mas
"kamu signifikan terhadap hidup saya" quotation dari ucapan wida' Matweed
Pojie
salam roy..
dtg upm nnt..jumpe aku..aku keje kt upm..
tono
Roy...ko ada blog roy...Siyes Sheffield tak macam dulu lagi dah semenjak kehilangan ko Roy..tak sangka ko balik awal gak.
Ko kerja awal pada ktrg la yek?lol nanti ktrg blk jangan lupa belanja makan ye.Simpan gaji pertama ko.lol
NHS Manchester : pijie, sejak bile pulak ko masuk NHS ni...mentang2 la nama NHS...hehe...aku dapat tiket last minit...Thanks...InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi...
Mas : Jzkk...Semoga bertemu lagi...
Pojie : Terharu siot aku...walaupun quote je...Thanks...
Melintangpatah : Tono!! Salam...Ko keje sana ke...Ingatkan ko keje kat Sarawak...Nak no phone ko...InsyaAllah senang2 boleh jumpa...
Iman : Baru lg blog ni...Baru nak mencebur diri...Yeye je ko...Pasti korang lebih gembira dan tenang tanpa aku kat sana...Haha...Doakan la aku dapat kerja bagus2...InsyaAllah ada rezeki aku boleh belanja...
ko jangan tak tau roy, satu uk ni health services milik aku - NHS - so sesapa sakit aku belanje la ubat - member punye pasal...haha
-NHS/pijie-
haha, aku boleh dapat lg x ubat free? kempunan dowh aku nk makan lamb rib ko belanja...x sempat...huhu, (sambung sendiri)...:)
papa roy
sayu plak baca
huhuk
wlpon gmbar ak xde mengiringi ko
percayalah doaku sentiasa
(ceceeee!)
joe,
sedih la last2 xde gambar ngan ko...xde gambar dengan pres...anyway, good luck dan selamat berseronok dengan dunia anda...hehe...
Post a Comment