BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

Sokongan Kepada 2 Skuad Merah

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam dunia bola sepak Malaysia.


Perlawanan membabitkan Negeri Sembilan dan Kelantan ini memang tidak diduga memandangkan ramai yang menyangkakan Selangor yang sepatutnya layak ke perlawanan akhir setelah menjuarai Liga Super dan Piala FA. Dikhabarkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal hadir menyaksikan dan memberikan sokongan kepada skuad Red Warriors.

Pilihan saya malam ni? Pastinya saya akan menyokong dan berharap pasukan Kelantan akan menang pada malam ini. Sokongan saya kepada skuad merah yang pertama, Red Warriors.

Pada malam esok pula (waktu Malaysia), satu perlawanan yang pastinya sangat ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat bola sepak Barclays Premier League, iaitu perlawanan diantara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge.


Kebanyakannya menjangkakan Chelsea akan menang berdasarkan prestasi semasa Chelsea yang konsisten dan Manchester United yang mempunyai banyak masalah kecederaan dan ketidak konsistenan di bahagian pertahanan.

Namun, sebagai penyokong Manchester United, saya berharap Manchester United dapat menang esok dan kembali ke takhta liga. Memang agak susah, namun tiada yang mustahil. :)

Minggu lepas, ada ura-ura mengatakan Manchester United akan membeli dua orang pemain Valencia, David Villa dan David Silva pada waktu perpindahan musim sejuk Januari ini.

United close on £50m targets
Manchester United are closing in on a £50million double swoop for David Villa and David Silva after Valencia admitted they are prepared to sell. Sir Alex Ferguson has been tracking the the Spanish pair for some time but no deal could be struck in the summer. But as United continue to struggle in the absence of the departed Cristiano Ronaldo, Ferguson needs to find a world-class source of goals - and could be ready to splash a large chunk of the £80m he got from Real Madrid. United are operating with just three established strikers in Wayne Rooney, Dimitar Berbatov and Michael Owen. But they could soon have new team-mates as cash-strapped Valencia desperately need to raise money.
David McDonnell, Mirror


Walaupun biasanya 'rumours' seperti ini sukar untuk dipercayai, namun saya masih berharap ianya benar-benar akan berlaku.:D

Dan inilah pasukan merah kedua yang saya sokong, The Red Devils.

Sejujurnya, ini adalah pendirian saya sendiri, yang mana andai kata Manchester United tidak dapat menjuarai liga pada musim ini, saya lebih rela untuk lihat pasukan Arsenal yang memenangi liga BPL. Ini disebabkan Arsenal sudah beberapa musim tidak memenangi sebarang gelaran, sedangkan mereka merupakan sebuah pasukan yang baik dan bermain bola sepak yang sangat cantik. Sayang sekali andai kata Arsene Wenger dibuang disebabkan Arsenal tidak memenangi sebarang trofi tahun ini.


Tapi, kalau Arsene Wenger nak ganti Alex Ferguson di Manchester United selepas Ferguson bersara pun boleh juga!:D

Selamat menonton bola sepak. Majulah sukan untuk negara.

p/s : Sejak PRU 12 Mac 2008 yang lalu, kesemua trofi bola sepak Malaysia dimenangi oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat. Adakan trend ini berterusan malam ini? Kita tunggu dan lihat.

9 comments:

syahmi said...

ntah2...pasukan negeri sembilan menang sebab isa sama menang lawan pas ari tuh.

Roy said...

syahmi, tu lain...lawan kat negeri sembilan...ni lawan kat bukit jalil...hehe...

Intan said...

Syahmi jangan wat tilikan sembarangan..tauliah kena ada maaaa...ehe

Alahai Roy....ulasan Piala Malaysia seciput aje.Ulasan untuk Manchester United bukan main panjang lagi ye...

Roy said...

cik intan, ulasan tersebut berdasarkan berapa banyak pengetahuan yang ada pada diri ini...haha...

NHS Manchester said...

united akan menang buat kali keempat berturut-turut musim ni, yang mana trend ini bermula sejak aku tiba di manchester tiga 'musim' lalu (khurafat, khurafat...)

xdelah, gurau2...tapi aku yakin united akan menang league lagi - harhar...

bola malaysia - no komen, aku tak follow sangat bola kat msia, kang komen kang jadi lawak - sebab tak pernah tengok pon diorang main..kalo nak gebang epl buleh jerw...

apepon, majulah sukan untuk negara

majulah united untuk ape sahaja yang berkaitan.

majulah lamb ribs untuk masyarakat

Roy said...

pijie, aku suka motto yang terakhir...majulah lamb rib untuk masyarakat...haha...tolong tanyakan krunchy, nak bukak francise kat malaysia x? aku nak bukak satu...hehe...

joegrimjow said...

royyaaa
cite la pasal mesia
;-)
nak tau update ko

Roy said...

joe : malu la...bukan best pun...haha...:D

Unknown said...

kenapa lelaki minat bola?? heee ;)