Belum hilang penat baru pulang dari KL semalam setelah berceria bersama sahabat-sahabat dan menghadiri Careers Fair di PWTC, pagi tadi ayah saya mendapat berita yang nenek sakit kuat. Saya, ayah dan adik bongsu saya terus bersiap dan pulang ke kampung. Alhamdulillah, sekarang nenek sudah ok sedikit, namun dia tetap ditahan wad di Hospital Melaka.
Namun, di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai sikap 'government staff' (atau orang dulu-dulu panggil orang keje gamen...) di Klinik Kesihatan Jasin semasa dalam proses memeriksa nenek saya tadi.
Kisah Pertama - Makcik Comel Berbaju Hijau
Makcik comel ini menjaga kaunter di Klinik Kesihatan tersebut. Beliau mempunyai senyuman yang sangat mahal harganya. Disebabkan harga senyumannya mahal, beliau lebih banyak bermasam muka, supaya orang ramai tidak boleh memperolehi senyumannya secara percuma.
Itulah kaunternya. Ini gambar curi-curi ambil, jadi x beberapa jelas. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, anda boleh nampak makcik tersebut di belakang kaunter. Beliau juga memanggil nama-nama pesakit menggunakan pembesar suara untuk mengambil nombor giliran dan ubat. Sedang saya menunggu giliran nenek saya, beliau telah memanggil nama seorang aci (perempuan India tua). Setelah beberapa kali nama tersebut dipanggil, barulah aci tersebut tiba di kaunter. Dengan penuh rasa hormat, beliau telah 'sound' aci tu sebab lambat. Kesian aci tersebut, sudah sakit, kene marah pula.
Kisah Kedua - Makcik Misi
Semasa sedang menunggu nenek saya sedang membuat pemeriksaan tekanan darah, ada seorang nyonya (wanita cina tua) yang pada masa yang sama sedang membuat pemeriksaan di situ. Ada seorang misi (jururawat) ingin memeriksa kadar kerabunan nyonya ini.
Ini bahagian luar tempat pemeriksaan tersebut. Semasa misi tersebut membuat ujian kerabunan terhadap nyonya tersebut, dia telah meminta untuk memberitahu huruf apa yang nyonya tersebut nampak dan juga bentuk yang dilihat. Mungkin kerana suasana yang agak bising, ditambah dengan keadaan nyonya tersebut yang sudah tua, nyonya tersebut tidak beberapa memahami instruksi yang diberikan oleh misi. Misi tersebut mula naik marah dan berkata, "Tak reti bahasa betul...". Oh, sungguh indah bahasa dan reaksi yang ditunjukkan.
Dua kisah di atas berlaku di depan mata saya sendiri dalam masa yang sangat singkat. Banyak lagi pengalaman yang pernah saya lalui dan saya pasti anda semua juga pernah melalui saat-saat seperti ini apabila berurusan dengan kakitangan kerajaan, sama ada di hospital mahupun di pejabat-pejabat kerajaan.
Saya tidak mengatakan secara umumnya semua kakitangan kerajaan mempunyai sikap seperti di atas, cuma sebahagiannya sahaja. Saya juga pernah banyak kali berhadapan dengan mereka yang sangat baik layanan dan budi pekerti di pejabat-pejabat kerajaan. Bagi saya, secara umumnya, kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat, atau berusia muda biasanya mempunyai sikap yang sangat bagus dan professional dalam melayani karenah orang ramai. Namun, kebanyakan masalah sikap oleh kakitangan kerajaan adalah datangnya daripada mereka yang sudah lama bekerja ataupun mereka yang dah masuk usia senja menanti azan Isyak.
Mengapa saya merasakan begini? Ini kerana, kebanyakan kakitangan yang baru telah dididik dan dilatih agar bersikap professional dalam bekerja. Manakala bagi golongan kakitangan lama, mereka telah terbiasa dengan sikap lama mereka yang tidak professional dan bekerja sambil lewa.
Kita dapat melihat perbezaan yang ketara antara sektor awam dan swasta dari segi sikap mereka. Kakitangan swasta begitu menjaga pelanggan mereka, kerana mereka tahu, pelanggan mereka merupakan 'income' mereka. Dengan itu, mereka akan memberikan yang terbaik, kerana pendapatan mereka bergantung kepada kepuasan pelanggan. Namun sikap dan 'mindset' ini tidak ada pada kebanyakan kakitangan kerajaan. Ini kerana mereka tahu, sejauh mana buruk pun prestasi, sikap dan layanan mereka terhadap pelanggan, mereka tetap akan dapat gaji daripada kerajaan setiap bulan. 'Mindset' ini perlu diubah bagi membaikpulihkan semula perkhidmatan di jabatan kerajaan.
Tidak semua tempat di pejabat mahupun hospital kerajaan tidak memberikan servis yang baik. Sebagai contoh, di Klinik Kesihatan Kluang, kebanyakan staff mereka merupakan orang-orang muda yang baru memulakan kerjaya. Dengan itu, sikap professional mereka terserlah dan kakitangan seperti merekalah yang amat diperlukan bagi memulihkan semula perkhidmatan di sektor kerajaan.
Jadikanlah gambar di atas sebagai contoh. Layanan baik, misi ceria, pesakit senang hati... :)
Monday, November 16, 2009
Gamen Oh Gamen...
Posted by Roy at 11:30 PM
Labels: Pengalaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
gaya cam nak kawen dgn doktor je roy. entry psl hospital.
entah.. aku setuju ngan pisang. bukan setakat sepital, pejabat agama pon penah wat hal ngan aku.
berbeza dengan keadaan di england dimana kebanyakan kakitangan adalah sangat peramah sekali.
pisang,
tu dia punya speculate...aku bukan macam ko pisang... :D lagipun, kalo aku nk kawen ngan doktor, mesti la aku puji2 staff hospital...haha...
abg jai,
apa yg ko setuju ngan pisang? ish3, lagi hebat pengalaman ni...diorang tak bagi ko kahwin ke? :D
anonymous,
oh, siapakah kamu gerangan si anonymous...tp agak betul, di sana layanan mereka berbeza sekali dengan di sini...
kene buat kelas belajar human nature nie..
lol...
anonymous,
tak tau la eden ni anonymous yang sama dengan tadi ke x...tapi rasa anonymous ni macam kenal...xpa2...
tu la, perlu belajar balik mereka ni...tapi bak kata pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya...ni kalau dah tua2, dah keras, baik kerat buat meriam buluh je...
betul3...lenturlah rebung sebelum jd buluh
Post a Comment