Bagi mereka yang tinggal atau menetap di negara-negara di bahagian utara atau selatan seperti UK, US, negara-negara Eropah mahupun New Zealand, pastinya mereka merasai perubahan musim 4 kali setahun, iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga.
Di Malaysia juga terdapat beberapa musim setiap tahun. Ada musim buah durian, musim buah rambutan, musim hujan, musim tengkujuh. Namun sekarang terdapat satu musim yang sedang melanda seluruh Malaysia, iaitu musim 'mengawan'.
Apa itu musim 'mengawan'?
Musim mengawan ini ialah musim di mana terdapat banyak majlis-majlis perkahwinan yang dijalankan. Ditambah lagi dengan faktor cuti persekolahan pada ketika ini, berita dan jemputan ke majlis-majlis perkahwinan tiba ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Setakat ini, rasanya tidak kurang daripada 5 jemputan perkahwinan daripada kawan-kawan saya sendiri. Ini tidak termasuk jemputan dari saudara mara dan jiran tetangga.
Gambar di atas merupakan beberapa kad jemputan yang diberi oleh kawan-kawan saya yang berkahwin secara terus kepada saya dan juga dihantar melalui pos. Kalau anda tengok betul-betul, boleh nampak nama di situ. Ada yang bakal berkahwin hujung bulan ini, dan ada yang sudah pun melangsungkan perkahwinan mereka.
Alhamdulillah, mereka telah atau akan menuruti sunnah Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Ingatlah demi Allah, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepadaNya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku tidak berpuasa, aku sembahyang dan aku tidur, dan juga berkahwin dengan perempuan. Barangsiapa yang tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku."
Allah juga ada menyentuh tentang soal perkahwinan di dalam Al-Quran, sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah An-Nahl, 16 ayat 72 yang berbunyi,
"Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami dan isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?"
Semoga perkahwinan ini semua kekal bahagia dari dunia sampai akhirat. Ingatlah bagi mereka yang baru atau akan mendirikan rumahtangga, perkahwinan ini bukanlah semata-mata untuk menghalalkan segala yang haram sebelumnya, tetapi perkahwinan merupakan permulaan bagi sebuah kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kerjasama. Jadikanlah contoh rumahtangga Rasulullah SAW sebagai panduan dalam melayari ombak badai pasang surut berumahtangga. Pada diri Rasulullah SAW terdapat uswah hasanah bagi mereka yang mengharapkan rahmat Allah (surah Al-Ahzab, 33 : 21).
Kepada mereka yang masih belum berkahwin, marilah sama-sama kita perbaiki diri dan sentiasa menjadikan diri ke arah yang lebih baik. Ini kerana Allah telah berjanji di dalam Al-Quran,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (Surah An-Nur, 24 : 26)
InsyaAllah, Allah tidak pernah mengingkari janjiNya.
Dan bagi menghiburkan hati mereka yang masih belum berkahwin, saya mengajak kita bersama-sama menghayati video ini. :D
Dan kepada mereka yang bakal atau baru berkahwin, SELAMAT PENGANTIN BARU!!
Monday, December 7, 2009
Musim 'Mengawan'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
nulis pandai dah, bila nak amalkan ntah...haha.....
nnt kalo ko pegi walimah tono amik gambar banyak2, pass kat aku, nak tengok...hehe...
haha...aku kene tunggu ko...xleh langkah bendul...
aku sbnrnya nk tgk walimah tono kat sarawak...mn tau budaya sana lain sikit ke...ada iban menari ke, main lompat2 buluh ke...tp berdasarkan kadar kewangan aku skrg, boleh lupakan je la...huhu...
ko tu bile roy.
abg pisanghensem.com,
macam aku katakan di atas, aku tunggu pijie jalan dulu...hehe...
kurang asam roy..ko samekan kahwin dgn mengawan..
aku bukan iban la...sengal..
Roy nak mengawan, ni kira hint2 untuk mengawan
Macam kucing nak mengawan, ada hint2 yang kita manusia pun boleh faham
X saba nak luku2 anak roy
tono...
kan ada tanda ' di situ...tu bahasa org2 kampung...hehe...
ko melanau kan? mana tau ko panggil org iban buat persembahan gak...barulah 1 Malaysia...
shahnom...
oh, ni bukan hint...ni meraikan kawan2...saya menunggu abg shahnom jalan dulu...abg shahnom lagi dulu dah bg hint kpd kami...:D
kotnyer pun tak yah laa letak kad kawin akak tak.. ish ish ish.. datang tak?
hehe...kak she, ni tolong promote skali...:D ikut hati saya nak sangat datang...tp semua bergantung kepada rezeki saya nnt...ada rezeki insyaAllah sampai la saya...
Roy, mintak izin letak link blog ko kat aku nyer. Trimas.
Faris a.k.a Uncle
junior sheffield & KMS
rooyy!!!
sejak bile ko jadi agen herbalife ni?
puas ak pomot
balik mesia ko jai agen
hampes
-tgok video, dia pakai baju ape ;-)-
ak kawen bulan 2 ni
jemput2
Faries...
Boleh2...No hal punye...
Joe...
Selama aku tengok video ni, x pernah aku perasan ada tulis herbalife kat baju dia tu...ko cakap baru aku perasan...
betul ke ko kawen bulan 2 ni? serius??
roy,shahnom,pisang...ish ish..
(sambil menggeleng-gelengkan kepala)
yeah,,roy aper lagi..
degree dah ader..buleh la..
ak tau ko mmg dah bagi tanda2 nk kawen tu..
x bagus bujang lama2 rroy..hehe
Intan...
ish ish..
Hairul...
aku rasa masa kat Sheffield dulu, ko lagi menunjukkan tanda2 wajib kawen daripada aku...macam la aku xtau citer2 ko...haha...
Post a Comment